Antara perkongsian pengalaman pengguna Elken Spirulina yang berpuas hati dengan kebaikan Elken Spirulina.
Cindy Low
Percubaan untuk hamil: 2 ½ tahun
16 tahun yang lalu, saya mengalami kehamilan ektopik yang bererti bayi kandungan berada di oviduktus. Doktor menasihati saya memotong sebelah oviduktus untuk mengelakkan risiko nyawa. Selepas pembedahan, doktor memaklumkan bahawa peluang untuk hamil saya hanya tinggal 50%.
Ketika itu, saya berasa amat sedih kerana saya dan suami amat menggemari kanak-kanak. Tambahan, doktor menggesa kami mencuba untuk hamil dalam masa yang paling singkat. Kalau tidak, peluang hamil saya akan semakin hari semakin merosot. Pada ketika itu, kami benar-benar mencuba sedaya-upaya.
Kami juga pernah melakukan permanian beradas sebanyak 3 kali. Lebih kurang 2 ½ tahun kami mencuba, namun semua gagal. Semasa melakukan permanian beradas, kami merasai tekanan fisiologi. Tambahan, saya tidak menggemarinya kerana selain suntikan yang diberikan oleh doktor, saya perlu makan ubat ovulasi.
Oleh itu, berat badan saya meningkat sebanyak 8kg pada masa itu. Selain itu, suami saya pula terpaksa berselaras dengan saya di hospital. Perasaan tersebut memang kurang menyenangkan. Kehidupan amat tertekan. Saya memberitahu suami supaya pasrah kepada nasib dan tidak perlu menjalani permanian beradas lagi.
Waktu itu saya amat bertuah kerana kawan sekelas saya berkongsi tentang Elken Spirulina Organik dengan saya. Selepas perkongsian mendalam dan ikhlasnya, saya memberikan diri 1 peluang untuk mencuba.
Saya mengambil Elken Spirulina Organik. Selepas lebih kurang 1 tahun, saya berjaya mengandung dan melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat. Kini, saya mempunyai 3 orang anak yang sihat.
Saya amat berterima kasih kepada Elken Spirulina Organik kerana membantu saya untuk membina sebuah keluarga yang bahagia.
Rozaizanie Bt. Rozali
Percubaan untuk hamil: 5 tahun
Sejak berkahwin pada 2011, saya dan suami berusaha bersungguh-sungguh untuk memperoleh cahaya mata. Kami telah mencuba pelbagai jenis kaedah, daripada urut tradisional kepada pelbagai jenis tonik penyihat badan. Namun 4 tahun kemudian, kami masih gagal.
Apabila ibu mentua membeli sebuah penapis air RO, barulah saya berpeluang mendekati konsep penjagaan kesihatan MRT. Saya terus mula mengamalkan produk MRT seperti Elken Spirulina Organik, katalis enzim dan plasma hidup.
Selepas 1 bulan, saya mula berasa lebih bertenaga dan cergas. Apabila kitaran haid saya terlewat lebih seminggu, saya terus melakukan pemeriksaan hamil.
Syukur alhamdulillah, keputusan pemeriksaan menunjukkan saya telah hamil! Saya yakin, produk MRT benar-benar dapat membantu memperbaik kesihatan saya.
Oleh itu, saya terus mengamalkan produk MRT bagi memastikan diri saya dan kandungan saya kekal sihat!
Nor Salasiah Bte Mohamad
Percubaan untuk hamil: 2 tahun
Saya telah mengalami 2 kali keguguran sejak berkahwin – kali pertama ketika saya 8 bulan mengandung, dan kali kedua ketika saya 5 bulan mengandung.
Doktor mengesahkan ini adalah disebabkan masalah keputihan yang kronik dan juga saya mempunyai rahim yang lemah, yang mana tidak ideal untuk pertumbuhan fetus.
Pelbagai usaha saya dan suami telah cuba untuk melahirkan anak. Kesemuanya tidak berhasil, sehinggalah saya diperkenalkan dengan rumusan herba tradisional dan Spirulina Organik oleh mak saudara saya.
Selepas 4 bulan mengamalkan 2 botol rumusan herba tradisional dan 10 biji Elken Spirulina Organik setiap hari, saya disahkan mengandung oleh doktor. Kami berasa amat gembira!
Saya amat bersyukur bahawa anak saya yang kini berusia 10 bulan sangan sihat dan montel!
Maggie Lim
Menghadapi masalah selama: 20 tahun
Saya mula menghidap penyakit gastrik pada tahun 1993. Perut saya senantiasa kembung, berasid dan sakit. Masalah ini telah membelenggui saya selama 20 tahun. Selain itu, penyakit ini turut menyebabkan saya berasa pening dan tidak dapat menumpukan perhatian.
Saya juga tidak boleh makan roti atau makanan berminyak. Kekadang saya perlu ‘korek tekak’ (untuk membuatkan diri saya muntah) ataupun makan pil pencernaan pada jangka yang panjang. Saya juga pernah mencuba cara-cara yang lain seperti minum jus aloe vera dan jus lemon. Namun masalah saya tetap tidak dipulih. Mujur, saya mengenali Spirulina Organik melalui adik saya.
Saya mengambil Elken Spirulina Organik 15 biji pada sebelah pagi dan petang setiap hari. Dalam tempoh 2 bulan, saya tidak perlu bergantung pada perubatan atau ‘korek tekak’ lagi sehingga hari ini. Malah, saya makin bermaya.
Lemin Anak Lisim
Menghadapi masalah selama: 29 tahun
Saya mempunyai masalah sakit haid dan migrain sejak umur 13 tahun. Saya akan berpeluh dingin, sakit badan dan lemah, muka pucat, tidak berselera untuk makan dan pening kepala.
Selepas saya mengambil Elken Spirulina Organik sebanyak 20 biji selama 4 bulan, simptom sakit haid dan migrain saya telah beransur pulih. Berat badan saya juga menurun tanpa kesedaran saya.
Konsep Kesihatan Elken MRT Terapi Pembaruan Molekul Elken Terapi Semulajadi
